Friday, 29 November 2013

Teman syurga atau teman neraka ( MY COMPANION )



Dalam dunia tiada orang yang tidak pernah mempunyai seorang teman, pasti dia memerlukan teman dalam hidupnya,mungkin ada daripada 100 orang cuma 2 atau 3 orang yang boleh 'move on " tanpa seorang teman,dan selebihnya adalah orang yang lebih senang mempunya seorang teman . Namun demikian, berhati - hatilah ketika memilih seorang teman , kerana teman yang baik akan mewarnai kehidupan anda menjadi pelangi yang merona di langit biru ,namun teman yang tidak baik akan menjadi warna hitam ketika langit berarak menjadi mendung .

Apabila anda sudah mengenalpasti teman atau sahabat yang sinonim dengannya , maka teman yang tadi itu adalah teman yang akan memberikan corak dalam kehidupan anda , kerana sifat seorang teman yang akan mewarnai dan mempengaruhi anda .( Al - Mushoohabatu tasriquth thobii'ah ) yang maksudnya persahabatan akan mencuri tabi'at . Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya seorang muslim tidak berteman dekat melainkan dengan orang yang bertakwa , dan Baginda melarang kita berteman dekat dengan orang - orang yang derhaka , pelaku dosa besar , orang munafik , dan kafir , kerana mereka ini tergolong dalam pelaku - pelaku yang melanggar hukum Allah SWT .

Rasulullah SAW bersabda

اَلرَّجُلُ عَلَى دِيْنِ خَلِيْلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ ( أبو داود: 4823 )


maksudnya :
seseorang akan mengikuti kebiasaan teman dekatnya , maka hendaklah seseorang dari antara kamu memilih siapa yang akan menjadi teman dekatnya.( Abu Dawud  , no 4823 )

Jadi jelaslah TEMAN mempengaruhi kehidupan kita. Selain itu ber TEMAN lah kerana Allah SWT.
Ada satu kisah menarik sewaktu zaman Rasulullah SAW ini menceritakan tentang seorang yang berjiwa mulia iaitu Sa'ad bin A-Rabi'.
Abdurrahman bin Auf dipersaudarakan oleh Rasulullah SAW dengan seorang Ansar yang bernama Sa'ad bin Ar-Rabi'. Sa'ad bin Ar- Rabi' berkata kepada Abdurrahman bin Auf " Sungguh hartaku adalah yang paling banyak di antara orang - orang Ansar , sila lah hartaku dibahagi dua ( untukmu separuhnya ) , dan aku memiliki dua orang isteri lihatlah yang mana satu yang paling engkau sukai , dan sebutlah namanya , maka aku akan mentalaknya . Dan apabila sudah habis tempoh iddahnya maka kahwini lah dia . Abdurrahman bin Auf berkata semoga Allah memberkahi isteri dan hartamu . ( Al- Bukhori )

Alangkah mulianya Abdurrahman bin Auf kerana dia berteman dengan Sa'ad bin Ar -Rabi' kerana LILLAAH dan FILLAAH ( kerana dan untuk melaksanakn ketaatan kepada Allah swt ) ia tidak mengambil kesempatan atas kedermawanan sahabatnya itu .


Bergembiralah orang yang mendasari persahabatannya dengan landasan LILLAH dan FILLAH , karena Rasulullah saw telah bersabda:

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ: … وَرَجُلاَنِ تَحَابَا فِى اللهِ، اِجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ … ( مسلم: 2377 )

“ Ada tujuh orang yang akan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya [ pada hari kiamat ] iaitu: … Dan dua orang yang saling mencintai karena Allah, keduanya berkumpul dalam kecintaan kepada Allah dan keduanya berpisah dalam kecintaan kepada Allah… “
(Muslim, no: 2377)

Konklusinya , teman itu ibarat layar dan kita adalah badan kapal , layar yang akan membawa haluan ke mana kapal akan pergi (jumrah2013) . Sebaik - baik teman kita separuhnya adalah peribadi darinya manakala separuhnya adalah peribadi kita , seburuk - buruk peribadi teman kita separuhnya adalah peribadinya dan separuhnya lagi adalah peribadi  kita .

sekian... :)

Thursday, 21 November 2013

Hidup Tak Selalunya Indah







tajuk  utama di atas jelas mengatakan HIDUP TAK SELALUNYA INDAH tetapi di sini aku ingin menyangkal statement di atas adalah salah, kenapa ? 

Hidup akan menjadi indah bila kita selalu mengingat Sang Pencipta kita, Allah s.w.t . Hidup juga akan menjadi indah bila semua ujian atau musibah yang melanda kita dihadapi dengan sabar  dan   ikhlas serta redha akan semuanya.

Hidup juga indah bila kita sentiasa mengingati adanya hari kemudian yang kekal abadi iaitu alam akhirat.Bila kita mengingati adanya hari pembalasan kelak maka pasti banyak sekali kebaikan yang akan kita lakukan semasa di dunia jadi secara tidak langsung HIDUP AKAN MENJADI INDAH kerana sering-sering melakukan kebaikan , berbuat baik adalah satu perkara yang indah, dan berbuat banyak kejahatan akan membuatkan hidup anda menjadi tidak indah kerana telah dikotori oleh titik-titik hitam yang akan merona hidup anda,hal ini kerana terlalu banyak membuat kejahatan akan memakan diri sendiri.

Hidup juga akan menjadi indah bila kita turut bertanggungjawab atas kehidupan orang lain maksudnya di sini golongan di atas membantu golongan di bawah,iaitu si miskin membantu si kaya, barulah ada keberkahan dalam hidup. Jadi hidup akan menjadi indah bila adanya sikap saling tolong menolong di atas kesusahan orang lain.

Hidup juga akan menjadi indah apabila kita sentiasa menjaga hak orang lain di samping tidak mengetepikan hak diri sendiri.Hal ini bermaksud harta yang kita ada tidak sepenuhnya adalah milik kita , separuhnya masih terdapat hak-hak orang lain .  Islam menuntut kita agar menunaikan ZAKAT, jadi dari zakat ini pihak yang berperanan akan mengagihkan hasil zakat yang disumbangkan tadi kepada golongan yang memerlukan . Jadi hasil harta kita tadi juga turut dapat dirasakan oleh orang lain yang hidupnya jauh lebih susah berbanding kita, di sini kita dapat berbuat kebaikan jadi hidup akan menjadi indah,kerana dapat meringankan beban orang lain."Jangan pernah hidup atas kekayaan yang melimpah ruah sedang orang di sekeliling kamu tidak mempunyai sesuap nasi,padahal kamu sering membuang saki baki makanan kamu yang jumlahnya cukup untuk di buat santapan orang yang memerlukan".

Kesimpulannya hidup selalunya indah pada dasarnya, bagi yang tidak terlau bersikap duniawi, sebaliknya hidup akan menjadi tidak indah apabila terlalu cenderung kepada duniawi.

:) keep smile always




Monday, 11 November 2013

failure to hikmah
















assalamualaikum

aku mau berkongsi sedikit tentang bagaimana membangkitkan diri setelah mengalami kegagalan yang teruk dalam hidup atau mungkin ada sesetengah orang yang sering mengalami depresi.
nah,keadaan seperti ini pasti akan membuat hidup kamu cenderung dalam kekecewaan disebabkan kegagalan,tapi jangan pernah membiarkan kegagalan itu terus menerus memeluk kamu sehinggakan merasa diri tidak berguna,dari sini aku akan memberikan sedikit tips yang insyaAllah pasti bermanfaat juga buat diriku dan para pembaca.

jujur sekali,aku juga pernah merasakan kegagalan yang teruk sehingga menghentam diriku,dimana aku dibelenggu rasa putus asa yang keterlaluan,sehinggakan aku tidak boleh bangkit dan hanya hidup dalam kekecewaan effect daripada kegagalanku,tapi suatu hari aku sedar aku tidak boleh menyerah dan berputus asa begitu sahaja aku cuma berpegang kepada satu ayat yang sering memberikan aku inspirasi iaitu QS : AR-RAD : 11 "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggakan dia mengubah nasibnya sendiri".nah,dari ayat ini aku sedar bahawa aku tidak boleh terus menerus berada dalam kegelapan kegagalan lagi,kerana sebanyak mana aku berdoa tapi kalau aku tidak berusaha semua itu akan sia-sia.
        
jangan pernah merasakan bahawa diri tidak berguna kerana itu jelas-jelas satu sikap yang berupa PENGHINAAN kepada diri sendiri,ingatlah bahawa Allah menciptakan manusia ini dengan sebaik-baik kejadian kerana dia diberikan akal,di mana akal ini cuma diperoleh oleh makhluk istimewa yang bergelar insan,jadi jangan pernah melabel diri sebagai orang yang tidak berguna.

sesudah kamu sedar tentang kegagalan kamu,dan kamu perlu mencari kembali titik putih yang boleh menerangi dan membangkitkan kembali diri kamu dari kegagalan,kamu perlu mencari pakar2 motivasi atau mencari sendiri tentang sesuatu hal yang boleh menginspirasikan diri anda menjadi seorang yang positif dari segala macam hal,nah jadi ini dinamakan PROSES dimana sesudah kamu merasai kegagalan tadi kamu berusaha untuk merubah diri dengan bantuan dalam bentuk apa sekalipun,yang penting itu boleh mendatangkan inspirasi dan semangat baru kepada kamu.

setelah kamu mendiagnosis punca2 permasalahan kamu,langkah seterusnya adalah berusaha untuk mengatasi permasalahan itu,jadi dalam proses ini kesabaran dan kekuatan dari segi mental atau fizikal harus disiapkan sepenuhnya untuk membuat perubahan baru menuju sesuatu yang lebih positif.sekiranya dalam proses ini berlaku kegagalan di mana kamu masih berada dalam kegagalan atau depresi maka jangan putus asa dan TETAP berusaha..KENAPA?? kerana kamu sudah berada di penghujung kejayaan yang sebenarnya walhal kamu tidak mengetahui, sesudah kamu berusaha keras maka bertawakallah kepada Allah dan serahkan semuanya kepada Zat yang maha menentukan segalanya,tetapi jangan pernah membiarkan diri kamu kembali kepada keadaan yang berputus asa , dalam QS,YUSUF : 12 'ada menyatakan bahawa "....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah . Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir ".

Akhir sekali , HIKMAH,kenapa aku mengatakan HIKMAH setelah berada di level FAILURE terus kepada PROSES dan akhirnya HIKMAH,??? jawapannya...sesudah kamu mengeluarkan diri kamu dari ceruk kegagalan maka kamu sudah melakukan jihad dalam diri kamu iaitu berjuang dalam memperbaiki diri maka hasilnya pasti kamu akan memperoleh HIKMAH kerana yakinlah sama Allah , bahawa Allah menyayangi hamba2 Nya yang tidak berputus asa dan Allah itu tidak mengantuk dan tidak tidur, Dia maha mengetahui apapun yang ada di hadapan di belakang mereka sedang mereka tidak mengetahuinya.

:) sekian, harap bermanfaat