This blog basically is my "thought" which is whatever I had been published it cames originally from me, so hopefully, this entry would help the readers to cheer up your day.live long :)
Sunday, 1 December 2013
PERASAAN + EMOSI
Kenapa kita sedih ,sebab kita manusia semuanya ada perasaan , bukan semua orang boleh lalui perasaan sedih + gembira + terharu + marah dalam satu masa , semuanya berbeza dalam satu selang masa , ada saatnya kita gembira , ada saatnya kita sedih, ada saatnya kita berasa sangat marah , ada saatnya kita berasa teruja , hebatkan manusia Allah SWT ciptakan kita dengan pelbagai nikmat perasaan .
Aku pernah terfikir,andai kata dalam dunia ini Allah kurniakan manusia dengan satu perasaan sahaja iaitu SEDIH rasanya pasti hidup akan jadi kelam dan tidak ceria atau kesimpulannya tiada keseronokan , oleh itu Allah swt yang maha bijaksana telah mengurniakan kita dengan pelbagai perasaan . Allahhu Akhbar.
percayalah perasaan itu bersifat silih berganti , tidak sepanjangnya sedih menguasai kita dan tidak sepanjangnya gembira menyelimuti kita . Jadi mulai detik ini HARGAI perasaan anda ,jika anda sedang bersedih menangislah ,jika anda sedang gembira layanlah perasaan gembira itu sepuas - puasnya kerana tidak pasti esok masih adakah hari untuk kita merungkaikan perasaan itu .Apa yang paling penting sentiasa meletakkan Allah berada di tempat yang paling besar dalam hati supaya perasaan itu terbatas pada waktunya.
sekian, Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Subscribe to:
Posts (Atom)
