Tuesday, 26 June 2012

Erti perjalan sebuah kehidupan





            Assalamualaikum semuanya terutama kepada pembaca yang setia untuk membaca artikel `cupu` yang aku karang ini.Hmm pasti juga anda mengenali siapa orang yang berada di dalam gambar itu sambil menadahkan tangannya ,beliau adalah salah seorang idola saya iaitu Ibrahim Affelay pemain bola sepak    Netherlands dan turut bermain dalam kelab yang unggul iaitu Barcalona . Pasti para pembaca panasaran sebenarnya kandungan apakah yang bakal aku kemukakan dalam artikel ku kali ini . Dari pengenalan sudah dapat pembayangnya iaitu aku akan mengarang tentang erti  perjalanan sebuah kehidupan. Rentetan daripada ayat tersebut aku ingin menjelaskan tentang perjalanan kita sebenarnya di atas permukaan bumi Allah swt ini. Peranan kita di bumi ini adalah sebagai seorang khalifah di mana kita sebagai pemimpin hendaklah mentadbir dan memakmurkan bumi Allah . Jadi apa yang penting di sini adalah fokus utama kita adalah mencari sebanyak mungkin bekalan untuk kita bawa ke akhirat kelak sebagai tanda permulaan kehidupan kita yang baru dan kekal lama di alam syurga dan bukannya menganggap bumi adalah sesuatu yang kekal; lama dan tidak akan musnah, kerana sesuatu yang hidup mahupun yang tidak hidup itu merupakan ciptaan Allah swt kapan saja Dia berkehendak untuk memusnahkan alam ini maka tiada siapapun yang boleh menghalangnya. Oleh itu , sebenarnya kehidupan kita di dunia ini hanyalah sebagai tempat persinggahan sahaja untuk mencari bekal amalan untuk kita dihisab kelak.Jadi berdoalah di samping terus berusaha dalam meminta keredhaan Allah swt supaya hidup kita di dunia ini akan beroleh syafaat dan hidayah daripadanya-Nya. Amin yarab.......


Jangan pernah merasa bahawa hidup di dunia ini adalah satu beban sebaliknya hiduplah di muka bumi ini dengan penuh syukur dan jadikan bumi ini sebagai destinasi kita untuk menempah tiket ke syurga kelak.

Layaknya burung yang tebang di langit tinggi yang senantiasa berusaha untuk memastikan dirinya tidak diburu  oleh pemangsanya dan senantiasa mencari jalan bagaimana ingin merehatkan dirinya lantas terfikir untuk singgah di pepohon yang rendang.Begitu juga dengan keadan manusia, yang harus senantiasa berfikir apakah hari esok masih akan dilalui dan jika sudah ada perancangannya dan nescaya jika Allah swt juga berkehendak atas perancanganmu maka jadilah ia.




Monday, 25 June 2012

kenapa malas!!!!

    Percaya atau tidak sikap MALAS ini adalah satu sikap yang memang sudah sebati dalam diri setiap individu, walaupun individu tersebut adalah individu yang cemerlang atau berjaya dalam hidupnya namun sikap malas ini tetap ada selagi dia bergelar seorang insan ini terbukti dengan satu cerita dan pengalaman saya sendiri di mana suatu hari saya bertanya kepada rakan sekelas saya, dia ini merupakan pelajar yang cemerlang setiap kali ujian atau peperiksaan selalu dapat markah yang tinggi dalam setiap subjek ....suatu hari aku bertanya kepada dia hei (kumbang) bukan nama sebenar, kamu nie rajin belajar tapi kamu aku nampak kurang buat aktiviti luar kenapa? lantas si kumbang menjawab pertanyaanku aku malas !.Jadi sudah terbukti bahawa serajin manapun seseorang itu sikap malas tetap ada.Oleh yang demikian , meskipun sikap malas ini sering menghantui kita tapi jangan biarkan ianya terus berkarat dan benar- benar menjadi kebiasaan kita kerana sikap malas ini hanya akan menghancurkan hidup dan masa depan kita terutama sekali bagi seorang pelajar , dan ada satu hal yang penting bagi seorang pelajar sikap malas ini perlu dihindari dan sekiranya anda masih terasa malas maka yang paling rugi itu adalah diri anda sendiri.Kerana sesungguhnya sikap malas itu asalnya daripada salah satu hasutan syaitan kepada kita umat nabi Muhammad saw. agar terus tidak berusaha untuk memajukan diri dan terus berada dalam kemunduran.Jadi ingatlah bahawa jangan malas untuk sesuatu yang mendatangkan kebaikan contohnya menghadiri majlis-majlis ilmu sebaliknya malaskanlah diri anda untuk sesuatu perkara yang mendatangkan keburukan dan kemaslahatan kepada diri anda.

sekian.
first essay