Percaya atau tidak sikap MALAS ini adalah satu sikap yang memang sudah sebati dalam diri setiap individu, walaupun individu tersebut adalah individu yang cemerlang atau berjaya dalam hidupnya namun sikap malas ini tetap ada selagi dia bergelar seorang insan ini terbukti dengan satu cerita dan pengalaman saya sendiri di mana suatu hari saya bertanya kepada rakan sekelas saya, dia ini merupakan pelajar yang cemerlang setiap kali ujian atau peperiksaan selalu dapat markah yang tinggi dalam setiap subjek ....suatu hari aku bertanya kepada dia hei (kumbang) bukan nama sebenar, kamu nie rajin belajar tapi kamu aku nampak kurang buat aktiviti luar kenapa? lantas si kumbang menjawab pertanyaanku aku malas !.Jadi sudah terbukti bahawa serajin manapun seseorang itu sikap malas tetap ada.Oleh yang demikian , meskipun sikap malas ini sering menghantui kita tapi jangan biarkan ianya terus berkarat dan benar- benar menjadi kebiasaan kita kerana sikap malas ini hanya akan menghancurkan hidup dan masa depan kita terutama sekali bagi seorang pelajar , dan ada satu hal yang penting bagi seorang pelajar sikap malas ini perlu dihindari dan sekiranya anda masih terasa malas maka yang paling rugi itu adalah diri anda sendiri.Kerana sesungguhnya sikap malas itu asalnya daripada salah satu hasutan syaitan kepada kita umat nabi Muhammad saw. agar terus tidak berusaha untuk memajukan diri dan terus berada dalam kemunduran.Jadi ingatlah bahawa jangan malas untuk sesuatu yang mendatangkan kebaikan contohnya menghadiri majlis-majlis ilmu sebaliknya malaskanlah diri anda untuk sesuatu perkara yang mendatangkan keburukan dan kemaslahatan kepada diri anda.
sekian.
first essay
Semangat sii itam bg motivasi!
ReplyDeleteMcm kmu bha PRS! :P